Smoked Headlamp Viva

diy smoked headlamp untuk viva
terlebih dahulu bumper kena bukak. nak buka bumper perodua viva boleh dikatakan agak mudah juga sebab kebanyakannya menggunakan clip plastik je. kalau tak dapat buka bumper anda tidak boleh menjalankan diy ini kerana terdapat dua skru kat bahagian depan bawah headlamp yang perlu dibuka untuk membolehkan mencabut headlamp viva ini. bumper viva main tarik-tarik je untuk membukanya tapi buatlah dengan berhati-hati supaya klip tidak patah atau pun boleh merosakkan bumper nanti. apabila memasangnya semula dah nampak tak kemas, terlondeh sana sini.


gambar atas ialah reflektor headlamp viva yang telah dikeluarkan. untuk keluarkan reflektor ni kena gunakan hairdryer atau hot gun blower untuk panaskan cover headlamp. ada juga yang menjemur headlamp di bawah cahaya matahari terik ataupun menggunakan air panas. tujuan memanaskan headlamp ialah supaya gam di sekelilingnya cair dan dengan mudah kita dapat pisahkan cover headlamp dengan housingnya. kalau menggunakan hot gun blower sangat membantu memudahkan kita memisahkan cermin dengan mudah tapi jangan terlampau panas sangat, setkan pada kepanasan yang sederhana sahaja


ini cover headlamp yang telah dipisahkan dari housing headlamp. panaskan dengan hairdryer di sekeliling headlamp sehingga gam menjadi cair. bila cair gam tu agak mudah untuk cabut cover headlamp. jangan buang gam lama kerana kita masih memerlukannya untuk memasang kembali cover pada housingnya nanti


ini rupa headlamp apabila reflektor chrome telah dikeluarkan. bahagian ini tak perlu dicat kerana reflektor inilah yang memantulkan cahaya untuk menerangi lampu berkenaan


dengan menggunakan spray flat black no 31 kot... tak ingat pulak. pastikan ada tanda 3 bintang *** iaitu cat yang tahan panas (high temp) memang ada jual kat kedai harga lebih kurang rm12-rm15 satu tin. sembur layer pertama paling nipis terlebih dahulu dan biarkan kering atau tunggu 10 minit barulah spray layer ke-2 hingga nampak hitam kesemuanya. 3 atau 4 layer diperlukan untuk menghitamkan keseluruhan reflektor itu nanti. jemur di tengah panas hingga betul-betul kering barulah di pasang semula pada kereta


ini semasa proses nak cairkan balik gam di sekeliling headlamp tu. kena panaskan hingga cair dan barulah letak cover semula... tekan hingga betul-betul rapat, takut bocor dan dengan mudah air akan dapat masuk. dah tak elok jadinya. pastikan betul-betul rapat seperti asal antara cermin dengan housingnya


dah siap... hitam itu menawan, huhuhu... dah terserlah kegarangannya. penampilan dah nampak perubahan sedikit daripada yang asal. kalau tak silap saya perodua ada keluarkan headlamp yang telah siap smoked tapi harganya tak pasti, biasalah kalau kat service center harganya mencekik sikit. nak jimat diy je...

$ads={1}

ini lah rupa kat kereta... kalau yakin dan pandai diy dapat jimat duit jugak, sebab kalau buat kat kedai mau rm50-rm100 melayang... berapa banyak dah dapat jimat tu, hehhe...

sekian, jumpa lagi....

12 Comments

  1. perrgghh....syok gak web ni,kire ade gak la bende kite leh blaja..bgus2..jimat sket duwet aku

    ReplyDelete
  2. bang,kat lampu kancil pun leh wat x...

    ReplyDelete
  3. camnerr nak buka bumper ViVa... ada entri tak??

    ReplyDelete
  4. please ajar satu persatu cara buka bumper viva kat depan tu..aku nak buat smoke lamp sendiri ;)

    and bole tunjuk ajar nak buat grill viva sendiri ke?

    ReplyDelete
  5. bro boleh tolong buakan x?
    t kasi upah n barang2
    boleh ker?

    ReplyDelete
  6. salam bro..nak tanya,rubbing compound nak beli kat mana yer?

    ReplyDelete
  7. rubbing compound boleh dibeli dikedai yang jual cat kereta

    ReplyDelete
  8. salam...xperlu kna gosok ngan kertas pasir dulu tempat yg nk disembur tu?

    ReplyDelete
  9. saya tak guna pun kertas pasir dan sekarang hampir 4 tahun masih ok lagi

    ReplyDelete
  10. thanxs bro, byk info yg blh dpt dri blog ni... ni dah stat dah korek2 wira auto yg disayangi tu, dah byk wiring lma kna buang... hehe

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors