hub belakang sesebuah kereta kalau dah mengeluarkan bunyi 'berdengung' sudah tiba masanya untuk tukar yang baru. kalau untuk kereta wira harga kat kedai sparepart sekitar rm80 (brand KOYO). ada beberapa brand lagi yang boleh dipilih seperti NSK, NTN yang made in japan. namun terdapat juga bearing hub ini yang dibuat oleh pengusaha tempatan dengan harga yang lebih murah, bukan kata tak boleh pakai, boleh je guna pada kereta. tetapi bagi pemilik kereta memang gemar menggunakan brand yang dihasilkan di JAPAN mungkin kerana kualiti brand dari negara matahari terbint uni lebih tahan lama jika dibandingkan dengan buatan tempatan. saya sendiri memang akan meilih brand JAPAN kerana sudah terbukti apa-apa sahaja jenama dari sana memang tahan lama sedikit jikat nak dibandingkan dengan keluaran tempatan. sekiranya tidak ada brand yang dari JAPAN saya akan membeli brand ORI PROTON di proton parts atau pun di pusat servis proton, harga maha sikit tapi kalau setakat 5 tahun tu memang boleh guna lagi. kalau yang local atau cap ayam kadang-kadang lebih setahun je dah rosak, pilihan di tangan anda
berbalik kepada topik entri kita pada hari ini iaitu untuk mengetahui kerosakan bearing hub sama ada depan atau belakang semasa kita memandu kerea akan kedengaran bunyi berdengung pada bahagian tayar, bunyi ni bukan bunyi yang dihasilkan dari tayar tapi ada kelainan sedikit. kena betul-betul cek baru dapat pengesahan yang sebenarnya kerosakan bearing. nak lebih confirm lagi, park kereta, jack bahagian tayar yang disyakki mengeluarkan bunyi dengung. pusing tayar berkenaan dan sekiranya bearing rosak memang akan ada mengeluarkan bunyi geseran semasa kita pusingkan tayar atau pun pergerakan tayar tak smooth, sangkut-sangkut gitu. so sudah sampai masanya untuk kita tukarkan dengan yang baru kerana kerosakan ini lama-kelamaan akan bertambah parah. sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini adalah lebih baik kita mengambil langkah wal dengan menukarkannya dengan yang baru. untuk menukar bearing tayar belakang wira dan kebanyakan kereta lain tidaklah susah sangat kerana bearingnya satu set dengan hub iaitu cabut hub lama dan masukkan sahaja hub baru tanpa perlukan masin press untuk keluarkan bearing. lainlah kalau bearing hadapan, kena hantar bengkel atau machine shop untuk press keluar bearing lama dan masukkan bearing baru
$ads={1}
peralatan yang diperlukan ialah
1. hub yang baru atau 2nd, boleh dibeli di mana-mana kedai spare part
2. spanar box 32mm, 17mm
3. batang besi paip atau apa-apa besi/bar
4. skru driver flat
ini lah rupa hub belakang wira dan di tengah-tengahnya ialah bearing tayar. sebenarnya hub ini tidak rosak, cuma bearing sahaja yang selalu akan rosak. kedai spare part selalunya akan menjual satu set seperti di atas iaitu dapat sekali hub, stud rim dan bearing. harga bermula daripada rm50 dan ke atas bergantung kepada jenama seperti yang saya sebutkan di atas tadi

sebelum buka nat 32mm yang berwarna hitam tu pertamnya selepas keluarkan rim terlebih dahulu kena umpil keluar cover hub atau cover nat hitam tu. di bawah cover inilah letaknya nat 32mm. gunakan skru driver flat dan umpil perlahan-lahan supaya keluar sepenuhnya, barulah nampak nat besar tu. kalau ketat sangat anda perlukan ketuk sedikit dengan skru driver pada bahagian celah antara cover dengan hub. ketuk secara perlahan-lahan dan dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan cover tersebut. sekiranya tak pakai cover ini bearing akan mudah terdedah dengan habuk atau pasir serta air yang boleh merpecepatkan lagi kerosakan bearing
buka caliper brake dengan menggunakan spanar 17mm, ada dua nat di belakang disc atas dan bawah yang dipasangkan bracket caliper dengan hub atau arm belakang. sebelum tu anda perlu keluarkan brake pad untuk memudahkan kerja-kerja membuka caliper
gambar menunjukkan caliper dah ditanggalkan, cover hub belum dibuka lagi. pada masa ini kalau kita pusingkan rotor disc itu akan kedengaran lebih jelas lagi bunyi yang dihasilkan oleh kerosakan bearing. bearing akan berbunyi dengan lebih kuat atau pun pergerakan tersangkut-sangkut atau pun lagi terasa gegaran pada tangan ketika itu. kalau tanda ini dah ada maka confirm bearing telah rosak. saya da pengalaman sikit masalah ini pada sebuah kereta perodua myvi jiran di hadapan rumah. dia mengadu pada saya keretanya berbunyi bising pada bahagian hadapan kereta. tanpa berlengah dan kebetulan masa tu saya free saya suruh dia pandu kereta dan saya duduk kat depan bersebelahan dengannya. semasa dia membawa kereta apa yang saya dengar ialah bunyi itu dihasilkan pada bahagian belakang dan bukannya daripada hadapan, tapi dia berkeras mengatakan bunyi daripada bahagian hadapan. balik semula ke rumah dan saya terus jack tayar belakang sebelah driver dan saya pusing tayar tersebut dan memang saya sahkan padanya bearing telah rosak. petang tu juga saya beli barang kat spare part dan pada sebelah malamnya saya menukar bearing tersebut. esok harinya dia travelling ke besut terengganu dan feedback daripadanya bunyi itu talah hilang 100%
sebaik sahaja cover dibuka maka dengan menggunakan spanar box 32mm dan batang paip bukak nat perlahan-lahan. kena gunakan tenaga yang kuat sedikit kerana nat ini boleh dikatakan agak ketat, berapa torque nat ini saya pun tak berapa pasti. kadang-kadang kalau susah sangat saya pijak je batang paip tu supaya kerja menjadi lebih mudah tapi pastikan tools yang digunakan daripada jenis yang tahan lasak kerana kalau menggunakan tools murah kemungkinan boleh menyebabkan spanar box tu boleh loose pulak. kalau kat bengkel senang je, pomen main hentam dengan air gun sahaja terus dapat dibuka dengan mudah. dah nama diy tentulah kerjanya agak mencabar sedikit tapi kepuasan itu ada sebaik sahaja kita berjaya melakukannya
bila skru hub dibuka, keluarkan disc dan juga bearing serta hub berkenaan dan bolehlah ganti dengan yang baru. pasang balik semua peralatan dan pastikan ikat dengan kuat kelihatan pada gambar ialah bracket untuk caliper brek
dah siap sepenuhnya.... ujilah kereta dan sudah pasti bahagian yang bising atau berdengung pada awalnya tadi dah hilang dan tak perlu risau lagi nak bawa kereta ke mana pun.
sekian, terima kasih
sincerely
jefftacra
Kalo org konbet PCD, hub ni pon kena tebuk gak ek selain dari disk?...
ReplyDelete