kali ni macam mana nak bleeding brake pula, iaitu untuk membuang udara dalam hose brek. kadang-kadang berlaku brek tak berapa mantap atau pun nak tukar minyak brek, jadi kena lah bleeding minyak brek supaya sistem braking akan bertambah mantap dan tidak rasa spongy pada pedal brake. untuk roses beleeding ini memerlukan orang kedua yang membantu kita untuk menekan pedal brek berulang kali, ajaklah isteri bagi yang dah berumahtangga atau pun adik beradik yang lain yang boleh membantu kita sekejap.
ada juga kit brake bleeding yang boleh dilakukan secara berseorangan tapi di negara kita ni susah nak dapat, kena order dari luar negara. kalau ada idea daripada pembaca sekelian bolehlah kemukakan untuk mereka peralatan ini, senanglah nak buat kerja seorang diri dan tak perlukan pembantu lagi
ada juga kit brake bleeding yang boleh dilakukan secara berseorangan tapi di negara kita ni susah nak dapat, kena order dari luar negara. kalau ada idea daripada pembaca sekelian bolehlah kemukakan untuk mereka peralatan ini, senanglah nak buat kerja seorang diri dan tak perlukan pembantu lagi
ini peralatan yang perlu ada iaitu flare nut. kalau guna spanar biasa tu boleh tetapi takut loose nut tembaga tu nanti. kalau guna flare nut ni memang selamat sebab takkan loose lagi bleed nut pada caliper. harga tak mahal sangat dalam belasan ringgit je pun. dapatkan saiz spanar ini iaitu 8mm dan 10mm kerana biasanya pada brek hadapan menggunakan bleed valve 10mm manakala pada bahagian belakang pula 8mm bagi yang menggunakan rear disc brake. drum brake wira juga menggunaka 10mm. di hardware banyak jual spanar jenis ni. kalau untuk fuel filter wira memerlukan spanar bersaiz 14mm
lagi gambar satu set flare nut. nak buat projek ni hanya beli satu pun dah memadai, tak perlu bazirkan duit untuk beli banyak-banyak seperti gambar di atas.
lagi gambar satu set flare nut. nak buat projek ni hanya beli satu pun dah memadai, tak perlu bazirkan duit untuk beli banyak-banyak seperti gambar di atas.
ni peralatan yang dibuat sendiri. botol air minuman yang ditebuk lubang pada bahagian tepinya dan dimasukkan hose putih kecik. boleh juga tebuk lubang pada penutup botol air mineral ini. tujuan hose ini digunakan ialah senang kita nak tengok aliran minyak brek yang keluar sama ada ada buih atau tidak. kalau keluar masih berbuih perlu ulang proses bleeding sehingga aliran minyak brake dalam hose ini tidak ada angin atau buih lagi
$ads={1}
$ads={1}
gambar cara memasang hose kat bleed valve. masukkan dulu spanar dan pasangkan pula hose transparent pada bleed valve, bolehlah kita mula jalankan proses bleeding yang akan diterangkan di bawah ini. tak perlu gunakan hose dan botol pun boleh tetapi kita tak dapat pantau minyak yang keluar sama ada sudah ok atau pun tidak. kalau kita perhatikan kerja pomen kat bengkel tak gunakan pun hose macam ni, hanya main pancut macam tu je tanpa kawalan yang sewajarnya
langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:
1. masukkan flare nut kat bleed valve
2. masukkan hose kat muncung bleed valve
3. seorang rakan hendaklah menekan brek beberapa kali dan suruh hold brek pedal
4. buka bleed valve dan sebelum lepas pedal brek tutup nat ini
5. ulang beberapa kali sehingga aliran minyak dalam hose putih tu tak ada buih/udara
6. jangan lupa top up minyak brek, nanti semakin banya angin yang masuk dalam sistem brek
buatlah pada semua caliper dan proses ini sangat sesuai bagi yang hendak menukar minyak brek lama kepada minyak brek baru. lebih baik gunakan minyak DOT 4 kerana tahap boiling point ada lebih tinggi daripada minyak DOT 3
sincerely
jefftacra
Bagus la bro..
ReplyDeletepanduan untuk semua...
ReplyDeleteada sifir x nak strt belah mana dahulu..
ReplyDeletestart kedudukan hose panjang dahulu iaitu, belakang kiri, belakang kanan, depan kiri dan diakhiri dengan depan kanan, tq
ReplyDeletemasa proses tekan brek kena start enjin ke tidak??
ReplyDeleteberat jugak tuh kaki nyerr...huu
tak perlu start kereta
ReplyDeletearitu tuka servo double layer,pomen tu wat bleeding,tp xwat cmni abg jeff wat ni,dier loosekn paip besi kt brake pump tu je,pas2 tekan pedal bg...tpncut minyak brek,pas2 dier ktatkn blk...same ke?bleeding gk ye?
ReplyDeletesama gak tapi tak berapa efisien...
ReplyDeletenk topup myk brake brape byk-wira
ReplyDeletetop-up hingga level max, ada marking kat tabung minya tu
ReplyDeletehebat
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebang macam mana nak tinggikan pedal brek.
sebab bila saya membrek,dalam sangat nak tekan.
dulu pernah adjust kat pomen, sekrang nak cuba buat sendiri.lagipun brake pad masih tebal.
ejas kat push rod pedal brake, longgarkan nat 14mm kat push rod dan pusing push rod arah jam sambil tu ejas juga switch lampu brake kat situ
ReplyDeletebang sebernanya saya tak tahu pun kedudukan push rod dekat mana.boleh tunjukkan gambar tak bang?
ReplyDeletefirzee@yahoo.com
terima kasih.
Nak tanya Flare nut tu nak beli kat kedai spart part ada jual ker??
ReplyDeleteflare wrench tu boleh dibeli di kedai hardware
ReplyDeleteklu na colourkn caliper camne ek???
ReplyDeletenak warnakan caliper pertamanya kena cuci dulu caliper supaya minyak dan kotoran tiada. dapatkan spray hi-temp dan spray mengikut warna kegemaran. cover sikit bahagian lain supaya cat tak terkena ke body kereta
ReplyDeletepaip 2 pkai paip pew pown xpew kan.. nak servis piston tu pkai ANTI KARAT biasa pown xpew kan??
ReplyDeletesalam,,
ReplyDeletekekadang kereta saya ,keras ketika membrake.tetapi berek x makan,,trasa bahaya ketika menuruni bukit..apa masalahnya ???
kalau brek rasa keras kemungkinan servo brake bermasalah, kena tukar dengan yang lain sebab brek ni tak boleh dipandang remeh, sangat bahaya
ReplyDeleteterima kasih bang,atas jawapan tu,,sbb dah lama pening dgn masalah tersebut...
ReplyDeleteSalam abg jeff. bagaimanakah cara hendak membuka bleed valve yang telah patah pada caliper?
ReplyDeletesusah jugak nak buka tu, kena drill nat tu dan perlukan kesabaran untuk mengeluarkannya
ReplyDeleteabg jeff nk tanya..klu nk bleed tu valve die nk kne pulas hbis ke pulas skit je
ReplyDeleteTak perlu pulas banyak, pusing sekadar nak keluarkan minyak brek je
ReplyDeletenk tanya 2 kemusykilan
ReplyDelete1, wira gua ade mslah bila time brek ade bunyi tikus... 2 kali pump bunyi ilang... jln sikit, bile nak tekan brek bunyi tu dtg blk, bunyi tikus lg ape sbbnya..??
2, 2 kali reflushing ATF, tapi mslah gearbox dtg blk.. mcm gearbox nak problem.. 1st time flushing mmg best..sbb yg buuat tu ex pomen proton.. tp musykil 8 bulan servis jd blk..?? TOLONG
kemungkinan bunyi pada caliper disebabkan brake pad nak habis, ada marking kat brake pad menandakan ianya dah nipis.minyak ATF sepatunya ditukar setiap 20k mileage untuk menjamin ketahanan gearbox
ReplyDeletesalam...bang,mane nk cri bleed valve wira nie..sya bli keta scond,dia punyer bleed valve da bulat..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Abg Jeff, di manakah ada jual penutup getah bleed valve? Saya dah berjaya buat sendiri bleeding brek atas penduan abg Jef seperti di atas, cuma masalah saya ialah penutup getah bleed valve tu dah pecah masa saya nak buat bleeding. Saya dah cuba cari di kedai spare part di tempat saya tapi tokey tu kata penutup tu memang tak ada jual. Kereta jenis Iswara 1.3 (M) aeroback & Kancil 660(M)
ReplyDeletekena cari kat halfcut atau bengkel. ambik dari caliper yang dah rosak
ReplyDeletecikgu. . .nak tahu,apa punca apabila kita tekan padel brek . .brek makan. .tpl ama2 pedal brek makin turun sndiri. . dan mjadi tidak makan. . .kadang2 masa tekan pedal brek pn dia trun terus ke dalam. .proses bleeding dah buat.harap cikgu dapat membantu. . .terima kasih.
ReplyDeleteInsyaallah selamat dan menjadi
ReplyDeleteSlm....bang mcm mna nak buang angin brake..wira
ReplyDeleteHey i think your blog is good! I found it on google i think i will come back one day. Thanks [Reply] Used Chrysler Parts
ReplyDeleteSalam. Abg Jeff. saya nak tanya. Untuk hose putih yang abang gunakan untuk disambungkan dari bleed valve to botol air meneral tu saiz apa ye? (Diameter berapa mm?). Kat mana nak beli? Kereta Viva 850 manual.
ReplyDelete